Hipotesis berkenaan sihir simpati pra sejarah Sihir simpati

Istilah ini sering kali digunakan dalam arkeologi berkait dengan lukisan gua Paleolitik seperti yang terdapat di Afrika Utara dan di Lascaux di Perancis. Teori ini merupakan salah satu tabiat manusia prasejarah, dan berasaskan kajian pada masyarakat pemburu-pengumpul yang lebih moden. Ideanya adalah lukisan itu dihasilkan oleh pawang Cro-Magnon. Pawang tersebut akan pergi dalam kegelapan gua, masuk dalam keadaan bersawai dan melukiskan gambaran visi mereka, kemungkinannya dengan sudut pandangan mendapat kuasa dari dinding-dinding gua itu sendiri. Cara ini juga digunakan bagi menjelaskan lukisan ini yang sering kali terletak di tempat terpencil (yang sering kali dalam gua yang dalam atau kecil) dan pelbagai gambaran (dari haiwan mangsa hingga pemangsa dan lukisan telapak tangan manusia). Dalam bukunya Primitive Mythology, Joseph Campbell menyatakan bahawa lukisan "...dikaitkan dengan sihir pemburuan." Baginya, sihir simpati ini sama dengan penyertaan mistik, di mana lukisan, dilukisan dalam perlindungan "princip tanpa masa", dilaksanakan melalui upacara.

Pada 1933, Leo Frobenius, berbincang mengenai lukisan gua di Afrika Utara, menunjukkan bahawa kebanyakan lukisan ini tidak sekadar menggambarkan haiwan dan manusia. Kepada dirinya, ia kelihatan seolah-olah mereka melakonkan pemburuan sebelum ia bermula, kemungkinan penyucian ("consecration") haiwan yang akan dibunuh. Dengan cara ini, gambaran bertindan sebagai menjamin pemburuan yang berjaya. Sementara orang lain menafsirkan lukisan gua sebagai gambaran kejadian pemburuan atau upacara, Frobenius percaya bahawa ia adalah lebih dari itu seolah-olah "...apa yang berlaku [dalam lukisan] merupakan penyucian haiwan dilaksanakan tidak melalui pertembungan sebenar manusia dan haiwan tetapi melalui gambaran melalui konsep minda."

Bagaimanapun, sebagai mana semua prasejarah, ia mustahil untuk dipastikan kerana kekurangan bukti material dan kebanyakan kesilapan yang dikaitkan dengan cuba memahami cara pemikiran prasejarah dengan fikiran moden.